Wednesday, December 30, 2009

ZIARAH ANGAH WAHAB DIKAMPUNG LIU

Minggu lepas semasa dalam perjalanan pulang dari kenduri Ghaffar, sempat kami singgah rumah Angah Wahab di Kampung Liu. Sampai saja kami dirumah , Angah wahab sudah pun berada dikemuncak pokok rambutan.

Kesian Angah Wahab, susah susah je. Tapi kata orang bala jangan dicari , rezeki jangan ditolak. Bukan setakat seguni rambutan, cempedak pun kami dapat. Agaknya berkat singgah dirumah kulaan.

Sewaktu menggoreng buah cempedak tu baru baru ni , wangi satu rumah. Sempat la panggil anak menantu makan sekali.

INSYA ALLAH LAIN KALI KAMI SINGGAH LAGI.

TAK ACHI LA, PETIK RAMBUTAN KAT BAWAH JA

SEGUNI LA BAWA BALIK JAWABNYA






KESIAN ANGAH WAHAB KAT ATAS POKOK










CEMPEDAK PUN DAPAT

Tuesday, December 29, 2009

UCAPAN SELAMAT HARI JADI DAN SIHAT SEJAHTERA UNTUK ANGAH SHARI

Kepada keluarga Darham yang tidak sempat membaca blog Nurul, diberitakan yang Angah Shari telah dimasukkan ke Hospital pada hari Rabu lepas 23hb. Dec 2009 . Walaubagaimana pun Alhamdulillah telah pun dibenarkan pulang kerumah pada 27hb. Dec pada hari Ahad tadi dan secara kebetulan hari tersebut adalah merupakan hari jadi Angah Shari yang ke 64 tahun.


Keluarga Darham mengucapkan Selamat Hari Jadi kepada Angah Shari, semuga Sihat sejahtera dan dirahmati Allah selalu. Muga apa yang berlaku itu ada hikmahnya.


WALAUPUN BERADA DIKATIL HOSPITAL, NAMUN ANGAH SHARI MASIH MAMPU MEMBERI SENYUMANNYA. BARU 64 ANGAH SHARI, MUDA LAGI.

Monday, December 21, 2009

KENDURI GHAFFAR MERIAH

Alhamdulillah di kesempatan masa yang ada pada hujong minggu tadi dapat menghadiri kenduri perkahwinan Ghaffar anak angah Siah. Ghaffar merupakan anak bongsu kepada angah Siah. Bermakna ini kenduri terakhir angah Siah. Dapat jumpa ramai kulaan.

Kata Jamaluddin , tak juga akhir kerana mungkin berbalik kepada yang sulong pulak untuk pusingan kedua. Itu kena bincang la dengan Kak Farizah dan anak anak. Kot hilang telinga sebelah tak pa, kot hilang yang lain. Maaf ya Hj, benda yang baik apa salahnya. Kalau sampai hajat tu boleh la yang belakang ni mengikut pula..

Pada Ghaffar kita ucapkan Tahniah. Semuga berkekalan keanak cucu.























Tuesday, December 15, 2009

MOTIVASI DIRI: REDHA AKAN KETENTUAN

Redha akan ketentuannya. Dia yang Maha Mengetahui yang terbaik untuk kita

Kisah Penjual Tempe .Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Di situ ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri.Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tiba tiba dia tersedar yang tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh jadi. Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah memang kesemuanya belum masak lagi.Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman Tuhan yang menyatakan bahawa Tuhan dapat melakukan perkara-perkara ajaib, bahawa bagi Tuhan tiada yang mustahil.Lalu diapun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa , "Tuhan , aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe. Amin"Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa Tuhan pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe. Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu masih tetap kacang soya.Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Tuhan. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi. "Tuhan, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu. Bantulah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe, Amin". Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan tu. Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap begitu!! Sementara itu hari pun semakin meninggi sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul.Walaubagaimanapun kerana keyakinannya yg sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada Tuhan dan meneruskan pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan masak. Dia berfikir mungkin keajaiban Tuhan akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar.Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa. "Tuhan, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin". Lalu dia pun berangkat. Di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya.Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yg berdebar-debar dia punmembuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada.Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi!!Dia pun kaget seketika lalu menarik nafas dalam-dalam.Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada Tuhan kerana doanya tidak dikabulkan. Dia berasakan Tuhan tidak adil. Tuhan tidak kasihan padanya, inilah satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe. Dia akhirnya cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi.Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mula kurang.Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe, tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang. Namun jauh di sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada Tuhan, pasti Tuhan akan menolongnya.Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali terakhir, "Tuhan, berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ini."Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita."Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi."Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe, tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi. Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya "Tuhan, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin".Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi! Dia pun rasa gembira dalam hatinya dan bersyukur pada Tuhan.Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu.Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu, "Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?"Wanita itu menerangkan bahawa anaknya yang kini berada di England teringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England, si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap.Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan oleh Tuhan...Moral:
Pertama: Kita sering memaksakan kehendak kita kepada Tuhan sewaktu berdoa, padahal sebenarnya Tuhan lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan apa yang terbaik untuk diri kita.
Kedua:. Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita sebagai hambaNya yang lemah. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap apa yang dipinta. Percayalah bahawa Tuhan akan mengabulkan doa kita sesuai dengan rancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita.
Ketiga : Tiada yang mustahil bagi Tuhan.

Dipetik dari: warnadiri.blogspot.com ( mohon kebenaran )

Saturday, December 12, 2009

Mak Su dan Angah Miah berkunjong ke rumah kami di Setiawangsa.

Alhamdulillah pada Sabtu yang lepas Mak Su dan Angah Miah telah berkunjong kerumah kami di Setiawangsa. Cadang cadang tu nak bawa la mak su dan angah Miah makan malam special kat luar tapi Nahdia anak kami menjemput kami semua makan malam di rumah dia. Kebetulan pula malam tu Hj Karim dan Hjh Che'Nap ( pak mertua dan mak mertua ) ada bermalam dirumah Nahdia.
Terima kasih banyak banyak pada Mak su dan angah Miah kerana sudi datang kerumah kami.. Sembang sembang malam tu dengan Angah Miah tak sedar sampai pukul 4 pagi baru tidor. Diharap mak su dan angah Miah akan datang kerumah kami lagi dilain waktu.

Berbual bual selepas makan malam

Bersama emak mertua ( disebelah kanan sekali )

Nahdia sedang melayan makan malam dirumahnya


Sunday, December 6, 2009

REHLAH DIHUJUNG MINGGU BERSAMA CUCU.

Di hujung minggu lepas saya agak free sedikit. Dikelapangan masa yang diberikan oleh Allah swt dapat lah saya bersantai bersama cucu dan anak di Sungai Gombak.

Saturday, November 28, 2009

SELAMAT BERTUNAG NURUL SHARI



SELAMAT BERTUNANG NURUL . BILA AGAKNYA KENDURINYA?. JANGAN TUNGGU LAMA LAMA.

Friday, November 27, 2009

RAYA HAJI BERSAMA KELUARGA

Alhamdulillah, sempena Hari Raya Aidul Adha tahun ini, sudah tentunya anak cucu cicit Keluarga Darham akan mengambil kesempatan untuk pulang kekampung. Kalau tak ada kampung pun mungkin akan berkumpul bersama keluarga dimana jua berada terutama sekali dengan kuitan masing masing.

Dengar kata keluarga Angah Siah akan berkumpul di rumah Abidah di Putra Jaya. Wah!!! Angah Siah , tak main kat parit parit dah ya. Kat Putra Jaya. Mungkin nak bincang sekali pasal kenduri Ghafar sekali la tu agaknya. Dengar kata Angah Siah akan menyambut menantu perempuan pada 20hb. Dec ni. Menantu orang Tanjung kata nya. Kenduri ganal ka Ngah?. Maklumlah aruh penghabisan. Menantu harat pulak tu. InsyaAllah amun sawat sampai la nanti.



Keluarga Angah Che'mah pun tak kurang juga meriahnya pada Hari Raya Haji ni. Penantian hari hari yang ditunggu Nurul semakin tiba. Dengar kata besok Angah Che'Mah ada buat kenduri sikit sempena menyambut hari pertunangan Nurul. Ucapan tahniah pada Nurul. Sayang tak sempat ke Trolak. Kalau tidak boleh la buat Live Telecast. Pada keluarga Angah Che'Mah kita minta percepatkan la hari perkahwinan Nurul tu nanti. Cepat la sikit makan nasi minyak..



Pada keluarga lain InsyaAllah kalau ada gambar tu hantar hantar lah ya. Boleh kita sama sama berkongsi kemeriahan bersama keluarga Raya Haji tahun ni.


Saya beraya dirumah keluarga isteri di Sungai Bakau dan dengan emak di rumah adik saya Ijah di Tanjong Piandang. Terima kasih kepada Ijah dan Sabir kerana pada tiap tiap tahun kami adik beradi akan berkumpul dirumah mereka .


Kepada keluarga yang berada Scotland ,German, Egypt, Australia, Jepun dan sebagainya. Kita ucapkan Selamat menyambut Aidul Adha dinegeri orang. kalau ada gambar hantar hantar la.


Ucapan khas Salam Aidul Adha kepada bakal DR iaitu Faizah Datuk Che'Mat yang berada di Makasar Indonesia. Counter yang naik dari Indonesia tu agaknya faizah la yang datang ziarah kat blog keluarga Darham ni. Thanks Faizah.




BERSAMA KELUARGA DIDEPAN RUMAH IJAH

'IZZ ( CUCU ) DAN NUSRAH (ANAK FAIZ)


NUSRAH ANAK FAIZ

DIYA MAISARA ANAK JAMIL

ADRIANA SYAZA ( CUCU ATUN )

BERSAMA IBU TERSAYANG


AFIQ DAN ARIFF SEDANG MENUNGGU SUP TULANG YANG DIMASAK

Sunday, November 22, 2009

Wednesday, November 18, 2009

TAHNIAH!!!! PADA ANGAH SHARI, ANGAH CHE'MAH DAN SHARUNIZAM

Agaknya masih belum terlambat untuk KELUARGA DARHAM DAN CHE'YAH untuk mengucapkan Selamat jalan dan Selamat melanjutkan pelajaran di Australia kepada Sharunizam anak Angah Che'Mah dan Angah Shari pada 13hb. November baru baru ini.


Tahniah!!! dan Bravo!!! kita ucapkan pada Nizam diatas kejayaan melanjutkan pelajaran untuk Phd nya di Perth Australia. Sudah tentu juga kita ingin mengucapkan syabas dan tahniah!!! kepada Angah Shari dan angah Che' Mah kerana berjaya mendidik anak sehingga mencapai ketahap yang sedemikian. Tanpa Ibu dan Bapa siapalah kita .

Kata pepatah " Dimana ada kemahuan disitu ada jalan. Nak seribu daya tak mahu seribu dalih." Kita bersyukor kerana seorang lagi cucu Darham dapat melanjutkan pelajarannya ke luar negeri. Semuga akan ada lagi cucu cicit lain yang mengikut jejak Nizam.


Saya mohon maaf kerana tak berkesempatan untuk menghantar Nizam ke airport pada hari tersebut. Nizam pernah mengajar di UiTM Merbok Sungai Petani untuk beberapa tahun dahulu.


Diharap Nizam dapat memberikan no Telefon dan alamatnya di Perth kerana manalah tahu ada rezeki kita kesana nanti. Saya pernah berkesempatan kesana sebanyak dua kali .Perth adalah bandar Australia yang paling dekat sekali dengan Malaysia dan terdapat ramai pendudok Malaysia yang telah menetap disana. Terdapat beberapa restaurant yang dimiliki oleh orang Malaysia. Mana lah tahu kata orang " REZEKI TAJAJAK " dapat pula kita kesana .

Sekali lagi kita ucapkan kepada Nizam selamat maju jaya dan selamat menetap di Perth bersama keluarga. Kalau lapang lapang tu singgah singgah ke Blog Keluarga Darham ni.

Selamat jalan untuk Nizam sekeluarga

Bersama Saadiah dan Sarimah


Bersama keluraga dan keluarga isteri



Bersama Ayah Bonda tersayang



Bersantai sebelum menunggu penerbangan



.

Monday, November 16, 2009

free counters

Thursday, November 12, 2009

TANGGONG JAWAB SUAMI DAN ISTERI

Gambar kenangan bersama tiga pasangan anak menantu


Sebelum Tazkirah seterusnya yang akan di buat oleh Dina Shari didalam bloknya http://www.seharumkayumanis.blogspot.com/, ingin rasanya saya menchelah dan berkongsi pandangan supaya kita selalu mengingati betapa perlunya untuk pasangan suami isteri itu sentiasa akur tentang jawab bersama demi untuk kesejahteraan rumah tangga.





Pada bulan Jun tahun ini saya berpeluang menghadiri satu konvensyen KELUARAG A DUAT yang dianjurkan oleh Jemaah Islah Malaysia (JIM) di Sebuah Hotel di Kuala Lumpur bersama isteri dan anak anak menantu. Tajuk Konvesyen itu ialah " Keluarga Cemerlang, Dakwah Terbilang ". Walaupun usia saya dan isteri sudah agak lanjut namun kesejahteraan rumah tangga perlu senantiasa di semai demi untuk nak mendapatkan kecermelangan keluarga bukan setakat anak anak , malah hinggalah keanak cucu.





Konvensyen dimulakan dengan kepentingan perlunya ada nya VISION didalam permulaan kita nak mendirikan rumah tangga. Ini bermakna bukan setakat hidup saja ada vision tetapi nak mendirikan rumah tangga pun kena ada vision. Sekiranya kita mengahadapi sebarang masaalah didalam rumah tangga nanti, kita kena rujuk balik kepada vision tadi. Contohnya, kalau matlamat perkahwinan kita itu untuk nak mengujudkan satu keluarga SOLEH LAGI MUSLEH , kita kena la cari jalan yang SOLEHAH. Cari la jalan penyelesaian yang terbaik. Macam orang tua tua kata la, kalau sorang jadi api , yang sorang lagi tu kena la jadi air.





Didalam konvensyen tu juga banyak penekanan tentang tanggong jawab suami isteri. Peserta diminta untuk menyenaraikan tentang tugas suami dan isteri. Sisuami diminta untuk menyediakan tugas isterinya. Contoh nya , tugas isteri kena jaga anak,didik anak, masak nasi, kemas rumah, iron baju, basuh kain dan seterusnya. Tugas suami sikit je, iaitu cari nafkah. Dah selesai semua lalu si penceramah yang dijemput khas dari Indonesia tu kata, apa yang kamu tulis ni semua tugas suami. Ada ka dalam Quran kata itu tugas isteri?. Hah!!!. padan muka. Habis apa tugas isteri??. Tak aci la kalau goyang kaki. Akhirnya penceramah tu kata tugas isterinya hanya satu saja iaitu melahirkan anak. Itu pun kalau diizinkan Allah.





Walaubagaimana pun tugas tugas tersebut boleh lah dibahagi bahagikan dengan keredhaan isteri dalam suasana mesyuarah. Kalau setakat nak tolong masak, basuh baju, basuh pinggan, buang sampah, kemas bilik dan sebagainya, rasanya tak la susah sangat. Tak la sampai orang kata , queen control. Tambahan pula hujung minggu, boleh la giliran kita pula yang buat kerja. Tunjuk la bakat sikit. Kalau ada anak lelaki elok la sama sama minta tolong. Kena ajar anak lelaki kita buat kerja kerja ni". Sekali sekala apa lah salah nya kita tanya kat isteri, Yang, nak kopi ka teh. Siap cawan dengan piring sekali. Sambil sambil tu embus embus la sikit. "sapa tak sayang bini oiii!!!"

Tuesday, November 10, 2009

Belajar ke Luar Negara







Assalamualaikum W.R.T.H






Pengalaman Bang Pin ke negeri Cina sangat menarik sekali, tambahan pulak dah 7 x, Insyaalah didoakan ada perkembangan positif terhadap perancangan Bang Pin di masa hadapan. Teringat satu hadis, "menuntutlah Ilmu hingga ke negeri China". Walaupun ada banyak intrepetasi terhadap hadis ini, perkataan negara China disebutkan, tentu ada advantagednya. Bertuah bang Pin, sebab berpeluang ke sana.






Saya juga nak mencelah tentang peluang belajar ke luar negara. Yang paling dekat dan relevan dengan saya ialah UK. Masa saya jadi cikgu dulu, saya ingat sampai pencen dan tuha lah jadi cikgu di sekolah 7 xde peluang kemana2. Alhamdulillah Allah permudahkan saya semasa menyambung master part time dulu, selama 4 thn. Masa itu pun saya blur lagi & takde apa2 plan utk ke luar negara. Tetapi satu yang saya tanamkan dari mula2 buat master ialah, saya memang nak bertukar profession daripada sekolah, tapi x taulah apa2. Ikhlas cakap, saya pernah bercadang nak berhenti aje & buka travel agent. Pada saya jadi cikgu ni sangat mencabar sekali & saya rasa uyuh sangat. Bila balik sekolah tu, macam jadi sotong aje, letih.






Peluang untuk menyambung pelajaran atau memohon biasiswa ke luar negara, sebenarnya tidaklah susah kalau kena caranya, sangat cepat & mudah. Saya bagi contoh sewaktu saya memohon ke UK, ambil masa 5 bulan sahaja. memanglah kalau jadi pensyarah tu wajib buat PhD, tapi bila diingat-ingat balik kalau saya tak resign jadi Cikgu dulu pun, rasanya mudah juga. Saya tengok ramai juga kulaan kita yang jadi Cikgu, kalau berminat boleh apply.






Kalau nak buat master pun boleh lagi bagus apply, sebab byk kuota dan setahun sahaja. Kena start dengan proposal. proposal ni bukanlah yang betul2, sekadar kita decide apa nak buat. Lepas tu bolehlah cari supervisor & apply on line. Bila dah dapat offer university , barulah masa itu kita apply kat Kementerian kita. Kalau mereka wajibkan ambil ujian English IELTS, ujian tu sama macam/ ala2 MUET aje dan dlm masa sebulan boleh kita ambil.






Kalau ada kulaan yang ada plan/ lintasan2 nak mai UK, bolehlah contact saya. Insyaallah maybe kita boleh share maklumat2 berkaitan. Kalau nak mai berjalan pun, dialu-alukan. Insyaallah bila kita berada di luar negara ni, banyak benda yang kita belajar & insaf. Lagi satu pepatah Melayu ada kata "hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baiklah negeri sendiri tu" sangat tepat & relevan dengan ramai org2 Malaysia yg rasa hidup di sini. Tapi, ada jugak yg betul, sebab kat Uk ni, sekarang ni selalunya hujan batu. keh..keh...macam kena sembur dengan baja aje kalau hujan turun. Kalau hujan batu turun, bunyi bising dekat tingkap sebab jatuh dlm ketulan2 kristal. Kalau drive, lucu pun ada bila hujan batu turun.






Setakat ini dulu, wassallam. Haniza

Wednesday, November 4, 2009

WALIMATUL URUS ANAK ARIFFIN HJ ABD KARIM DI KLANG.


Bersama Hjh Angah Diang


Bersama isteri dan pengantin


Dua Hj Ariffin dan Pak Long Rashid ( Anak saudara Hjh Che'Yah)




Sembang pasal zaman muda muda dulu dgn Hj Jamaluddin




Isteri dan Hjh Faezah. Tak tau sembang apa. Pasal suami kot.


Alhamdulillah pada Ahad yang lepas, 1 Nov , saya dan keluarga diberi kelapangan oleh Allah untuk menghadiri walimatul urus anak kepada Hj Ariffin Hj Abd Karim ia itu Yazid di Klang , Selangor. Terima kasih kepada Hj Ariffin kerana sudi menjemput saya dan keluarga.Semasa kenduri sebeginilah selalunya dapat bertemu dengan sanak saudara terutama sekali dikalangan ahli keluarga Darham.


Hj Ariffin ini adalah anak kepada Angah Diang dan Angah Diang ini pula adek kepada Che'Yah cuma berlainan emak. Untuk pengetahuan anak cucu cicit Darham semua, ayah kepada Che'Yah atuk kita tu ia itu Anang berkahwin dua. Satu Hjh Asiah yang ada dalam gambar tu dan yang satu lagi nenek Anum. Kita akan cerita dilain posting tentang adik beradik Che,Yah ni. Diharap anak cucu cicit Darham akan mengikutinya kemudian.


Hj Ariffin ni ada lah juga kawan semasa zaman muda muda dulu dan kami menuntut disekolah yang sama iaitu di Government English Secondry School, Bagan Serai Perak.. Beliau adalah dua tahun senior dari saya dan Hj Jamaluddin ia itu anak angah Siah juga menuntut disekolah yang sama. Setahu saya , Hj Jamaluddin juga turut rapat hubungan nya dengan Hj Jamaluddin semasa zaman muda muda dulu. Kebetulan saiz mereka pun hampir sama.


Tak tau lah , walimah mana yang akan datang lagi. Setakat nak di war warkan di Blog keluarga Darham ni tak ada masaalah tapi kena la jemput Blogger nya sekali. Nurul bila agaknya!!!.


















Tuesday, November 3, 2009

KELUARGA DARHAM DILANGKAWI

Bersama keluarga Kak Salmah di Pekan Kuah, Langkawi.

Kepada ahli keluarga Darham yang sering ke Langkawi atau sekali sekala nak bercuti ke Pulau Lagenda tu, untuk pengetahuan, kita ada saudara kat sana. Sememangnya lama hajat nak berjumpa dengan Kak Salmah ni, tapi tak kesampaian juga. Dulu masa kecil kecil, semasa tinggal di Parit Mentara, selalu juga lah berjumpa dengan beliau. Semasa saya ke Langkawi tak berapa lama dulu saya sempat menghubungi beliau setelah mendapat no telefon beliau dari Angah Miah.


Kak Salmah ni adalah anak kepada Tok Su Ismail dan Tok Su ni pula adalah anak bongsu kepada Che'Yah. Maknanya Kak Salmah ni mak menakan pupu kepada saya. tapi dah biasa dengan panggilan Kak Salmah walaupun sebenarnya beliau hambir sebaya dengan saya. Suami nya yang selalu saya panggil ialah Abang Non


Kalau tak silap, Kak Salmah ni ada mempunyai 3 orang anak. Seorang di Kelantan dan seorang lagi di Shah Alam. InsyaAllah jika ada masa kita akan jejaki anaknya yang tinggal diShah Alam tu.


Sememangnya Kak Salmah ni peramah orang nya. Semasa saya bertandang ke Pulau Langkawi pada beberapa tahun yang lepas ,bila dipanggil, beliau begitu cepat bersama suami menemui saya di Pekan Kuah , Langkawi. Kepada yang ada berurusan di Pulau Langkawi boleh lah hubungi beliau di Tel 012-5736423

Wednesday, October 28, 2009

BERKENALAN DENGAN KELUARGA ANGAH WAHAB

Angah wahab bersama Noraini dan Cucu (anak Nor )

AMY DAN OMAR




Carta keluarga




Bersama isteri dan bekas isteri




Semasa pengkebumian Jenazah Arwah Azwan baru baru saya mengambil emergency leave sehari untuk mengambil kesempatan berjumpa dengan keluarga keluarga terutama sekali dengan keluarga Angah Wahab. Saya merasakan agak sudah lama terpisah dengan anak anak angah Wahab, malah tidak pernah berjumpa dengan mereka kecuali Omar dan Arwah Azwan, semasa ziarah Raya Puasa tadi. Aida, Wati dan Shimi pula telah saya ziarahi mereka di Pinggiran Putra pada bulan yang lepas.



Kali terakhir saya berjumpa Noraini, anak sulong angah Wahab , ketika beliau masih kecil lagi. Masa jumpa baru baru ini, anak Noraini dah besar , hampir sama dengan emaknya. Comel orang nya.



Mana kala Amy pula , itu lah pertama kali saya berjumpa dengan beliau. Walaupun berada didalam kesedihan sempat saya ambil gambar Amy dengan sedikit lemparan senyuman. Dua minggu sebelum Arwah meninggal , saya ada menalipon Azwan tetapi Amy yang menjawabnya. Bila melihat wajah Amy, dalam hati terkata, memang cucu Che'Yah seberataan nya paruna paruna. Dan teringin juga Amy ni nak dijadikan menantu.


Untuk pengetahuan Amy, abang ariffin agak terkejut juga pada mulanya dengan penambahan follower di Blog Keluarga Darham ni. Tertanya tanya juga , siapa la si Amy ni. Terima kasih banyak banyak kerana sudi menjadi Follower untuk menggantikan arwah Azwan.

Monday, October 26, 2009

SAAT SAAT MANIS NENEK KITA ,CHE' YAH BERSAMA SUAMI KETIGA.








BERSAMA HJ MUSA AHMAD ( BEKAS SUAMI NENEK )




Tak puas rasanya lagi nak bercerita tentang tok kita Che'Yah yang banyak sangat jasanya kepada kita. Kalau boleh nak tangguhkan dulu posting seterusnya. Biarlah banyak lagi nostalgia cucu cucu nak dikongsikan bersama. Ini tak termasuk lagi cerita dari Alwi, Firdaus, Faisal , Aman dan anak anak angah Siah , anak Along dan anak anak marina yang lain.




Baru baru ini ada Jamaliah hantar gambar ketika kenangan manis nenek bersama suaminya yang ketiga. Terima kasih banyak banyak kat Jamaliah. kalau ada gambar lain kita akan siarkan lagi kemudian.