Wednesday, November 18, 2009

TAHNIAH!!!! PADA ANGAH SHARI, ANGAH CHE'MAH DAN SHARUNIZAM

Agaknya masih belum terlambat untuk KELUARGA DARHAM DAN CHE'YAH untuk mengucapkan Selamat jalan dan Selamat melanjutkan pelajaran di Australia kepada Sharunizam anak Angah Che'Mah dan Angah Shari pada 13hb. November baru baru ini.


Tahniah!!! dan Bravo!!! kita ucapkan pada Nizam diatas kejayaan melanjutkan pelajaran untuk Phd nya di Perth Australia. Sudah tentu juga kita ingin mengucapkan syabas dan tahniah!!! kepada Angah Shari dan angah Che' Mah kerana berjaya mendidik anak sehingga mencapai ketahap yang sedemikian. Tanpa Ibu dan Bapa siapalah kita .

Kata pepatah " Dimana ada kemahuan disitu ada jalan. Nak seribu daya tak mahu seribu dalih." Kita bersyukor kerana seorang lagi cucu Darham dapat melanjutkan pelajarannya ke luar negeri. Semuga akan ada lagi cucu cicit lain yang mengikut jejak Nizam.


Saya mohon maaf kerana tak berkesempatan untuk menghantar Nizam ke airport pada hari tersebut. Nizam pernah mengajar di UiTM Merbok Sungai Petani untuk beberapa tahun dahulu.


Diharap Nizam dapat memberikan no Telefon dan alamatnya di Perth kerana manalah tahu ada rezeki kita kesana nanti. Saya pernah berkesempatan kesana sebanyak dua kali .Perth adalah bandar Australia yang paling dekat sekali dengan Malaysia dan terdapat ramai pendudok Malaysia yang telah menetap disana. Terdapat beberapa restaurant yang dimiliki oleh orang Malaysia. Mana lah tahu kata orang " REZEKI TAJAJAK " dapat pula kita kesana .

Sekali lagi kita ucapkan kepada Nizam selamat maju jaya dan selamat menetap di Perth bersama keluarga. Kalau lapang lapang tu singgah singgah ke Blog Keluarga Darham ni.

Selamat jalan untuk Nizam sekeluarga

Bersama Saadiah dan Sarimah


Bersama keluraga dan keluarga isteri



Bersama Ayah Bonda tersayang



Bersantai sebelum menunggu penerbangan



.

4 comments:

  1. Abang Ariffin cadangkan , Nurul saja la pergi dulu kat Perth. Berbulan m**u la. Booking awal awal mungkin dapat murah.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Abg Ariffin. INsyaALLAh dah dapat rumah nanti saya bagi alamat dan nombor fon di sini

    ReplyDelete
  3. Curtin University of Technology, Bentley Campus. Kat sini ramai students Malaysia. Post grad saja dah dekat 100 lebih

    ReplyDelete