Tuesday, November 10, 2009

Belajar ke Luar Negara







Assalamualaikum W.R.T.H






Pengalaman Bang Pin ke negeri Cina sangat menarik sekali, tambahan pulak dah 7 x, Insyaalah didoakan ada perkembangan positif terhadap perancangan Bang Pin di masa hadapan. Teringat satu hadis, "menuntutlah Ilmu hingga ke negeri China". Walaupun ada banyak intrepetasi terhadap hadis ini, perkataan negara China disebutkan, tentu ada advantagednya. Bertuah bang Pin, sebab berpeluang ke sana.






Saya juga nak mencelah tentang peluang belajar ke luar negara. Yang paling dekat dan relevan dengan saya ialah UK. Masa saya jadi cikgu dulu, saya ingat sampai pencen dan tuha lah jadi cikgu di sekolah 7 xde peluang kemana2. Alhamdulillah Allah permudahkan saya semasa menyambung master part time dulu, selama 4 thn. Masa itu pun saya blur lagi & takde apa2 plan utk ke luar negara. Tetapi satu yang saya tanamkan dari mula2 buat master ialah, saya memang nak bertukar profession daripada sekolah, tapi x taulah apa2. Ikhlas cakap, saya pernah bercadang nak berhenti aje & buka travel agent. Pada saya jadi cikgu ni sangat mencabar sekali & saya rasa uyuh sangat. Bila balik sekolah tu, macam jadi sotong aje, letih.






Peluang untuk menyambung pelajaran atau memohon biasiswa ke luar negara, sebenarnya tidaklah susah kalau kena caranya, sangat cepat & mudah. Saya bagi contoh sewaktu saya memohon ke UK, ambil masa 5 bulan sahaja. memanglah kalau jadi pensyarah tu wajib buat PhD, tapi bila diingat-ingat balik kalau saya tak resign jadi Cikgu dulu pun, rasanya mudah juga. Saya tengok ramai juga kulaan kita yang jadi Cikgu, kalau berminat boleh apply.






Kalau nak buat master pun boleh lagi bagus apply, sebab byk kuota dan setahun sahaja. Kena start dengan proposal. proposal ni bukanlah yang betul2, sekadar kita decide apa nak buat. Lepas tu bolehlah cari supervisor & apply on line. Bila dah dapat offer university , barulah masa itu kita apply kat Kementerian kita. Kalau mereka wajibkan ambil ujian English IELTS, ujian tu sama macam/ ala2 MUET aje dan dlm masa sebulan boleh kita ambil.






Kalau ada kulaan yang ada plan/ lintasan2 nak mai UK, bolehlah contact saya. Insyaallah maybe kita boleh share maklumat2 berkaitan. Kalau nak mai berjalan pun, dialu-alukan. Insyaallah bila kita berada di luar negara ni, banyak benda yang kita belajar & insaf. Lagi satu pepatah Melayu ada kata "hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baiklah negeri sendiri tu" sangat tepat & relevan dengan ramai org2 Malaysia yg rasa hidup di sini. Tapi, ada jugak yg betul, sebab kat Uk ni, sekarang ni selalunya hujan batu. keh..keh...macam kena sembur dengan baja aje kalau hujan turun. Kalau hujan batu turun, bunyi bising dekat tingkap sebab jatuh dlm ketulan2 kristal. Kalau drive, lucu pun ada bila hujan batu turun.






Setakat ini dulu, wassallam. Haniza

2 comments:

  1. Terima kasih diatas posting keblog Keluarga Darham. Teringat kembali kenangan kenangan bersama keluarga semasa kami berada di Sotland, Glasgow dulu. Pernah rumah kami terbakar kat sana. Kak Midah lari dengan anak anak sampai tak sempat nak pakai tudong. Kirim salam kat Mahadi. Tanya Muhamad dgn Idin , nak sunat lagi tak?

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum akak..saya berminat nak sambung kat uk gak..tp skrg sy ngah ambil degree kat upsi..kalau nak sambung peringkat master kat uk cmna? tp sy dibawah tajaan KPM...ble ke g sambung master pas hbis degree ni? sbb biasenye kne posting mengajar dlu..ble share maklumat kat sy? ni email saya..yana1708@yahoo.com..kalau akak ada facebook pun ble gak cari saya guna email tu..makacih akak (^_^)..

    xsabar tgu akak reply..

    ReplyDelete