Wednesday, December 30, 2009

ZIARAH ANGAH WAHAB DIKAMPUNG LIU

Minggu lepas semasa dalam perjalanan pulang dari kenduri Ghaffar, sempat kami singgah rumah Angah Wahab di Kampung Liu. Sampai saja kami dirumah , Angah wahab sudah pun berada dikemuncak pokok rambutan.

Kesian Angah Wahab, susah susah je. Tapi kata orang bala jangan dicari , rezeki jangan ditolak. Bukan setakat seguni rambutan, cempedak pun kami dapat. Agaknya berkat singgah dirumah kulaan.

Sewaktu menggoreng buah cempedak tu baru baru ni , wangi satu rumah. Sempat la panggil anak menantu makan sekali.

INSYA ALLAH LAIN KALI KAMI SINGGAH LAGI.

TAK ACHI LA, PETIK RAMBUTAN KAT BAWAH JA

SEGUNI LA BAWA BALIK JAWABNYA






KESIAN ANGAH WAHAB KAT ATAS POKOK










CEMPEDAK PUN DAPAT

Tuesday, December 29, 2009

UCAPAN SELAMAT HARI JADI DAN SIHAT SEJAHTERA UNTUK ANGAH SHARI

Kepada keluarga Darham yang tidak sempat membaca blog Nurul, diberitakan yang Angah Shari telah dimasukkan ke Hospital pada hari Rabu lepas 23hb. Dec 2009 . Walaubagaimana pun Alhamdulillah telah pun dibenarkan pulang kerumah pada 27hb. Dec pada hari Ahad tadi dan secara kebetulan hari tersebut adalah merupakan hari jadi Angah Shari yang ke 64 tahun.


Keluarga Darham mengucapkan Selamat Hari Jadi kepada Angah Shari, semuga Sihat sejahtera dan dirahmati Allah selalu. Muga apa yang berlaku itu ada hikmahnya.


WALAUPUN BERADA DIKATIL HOSPITAL, NAMUN ANGAH SHARI MASIH MAMPU MEMBERI SENYUMANNYA. BARU 64 ANGAH SHARI, MUDA LAGI.

Monday, December 21, 2009

KENDURI GHAFFAR MERIAH

Alhamdulillah di kesempatan masa yang ada pada hujong minggu tadi dapat menghadiri kenduri perkahwinan Ghaffar anak angah Siah. Ghaffar merupakan anak bongsu kepada angah Siah. Bermakna ini kenduri terakhir angah Siah. Dapat jumpa ramai kulaan.

Kata Jamaluddin , tak juga akhir kerana mungkin berbalik kepada yang sulong pulak untuk pusingan kedua. Itu kena bincang la dengan Kak Farizah dan anak anak. Kot hilang telinga sebelah tak pa, kot hilang yang lain. Maaf ya Hj, benda yang baik apa salahnya. Kalau sampai hajat tu boleh la yang belakang ni mengikut pula..

Pada Ghaffar kita ucapkan Tahniah. Semuga berkekalan keanak cucu.























Tuesday, December 15, 2009

MOTIVASI DIRI: REDHA AKAN KETENTUAN

Redha akan ketentuannya. Dia yang Maha Mengetahui yang terbaik untuk kita

Kisah Penjual Tempe .Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Di situ ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari. Ia merupakan satu-satunya sumber pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri.Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tiba tiba dia tersedar yang tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh jadi. Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah memang kesemuanya belum masak lagi.Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman Tuhan yang menyatakan bahawa Tuhan dapat melakukan perkara-perkara ajaib, bahawa bagi Tuhan tiada yang mustahil.Lalu diapun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa , "Tuhan , aku memohon kepadaMu agar kacang soya ini menjadi tempe. Amin"Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa Tuhan pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe. Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu masih tetap kacang soya.Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh Tuhan. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi. "Tuhan, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu. Bantulah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe, Amin". Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan tu. Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap begitu!! Sementara itu hari pun semakin meninggi sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum terkabul.Walaubagaimanapun kerana keyakinannya yg sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada Tuhan dan meneruskan pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan masak. Dia berfikir mungkin keajaiban Tuhan akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar.Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya untuk berdoa. "Tuhan, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin". Lalu dia pun berangkat. Di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam hatinya.Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yg berdebar-debar dia punmembuka bakulnya dan menekan-nekan dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada.Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi!!Dia pun kaget seketika lalu menarik nafas dalam-dalam.Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit kecewa dan putus asa kepada Tuhan kerana doanya tidak dikabulkan. Dia berasakan Tuhan tidak adil. Tuhan tidak kasihan padanya, inilah satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe. Dia akhirnya cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi.Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah mula kurang.Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe, tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang. Namun jauh di sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada Tuhan, pasti Tuhan akan menolongnya.Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat kali terakhir, "Tuhan, berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ini."Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita."Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi."Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe, tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi. Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya "Tuhan, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin".Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi! Dia pun rasa gembira dalam hatinya dan bersyukur pada Tuhan.Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu.Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu, "Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi?"Wanita itu menerangkan bahawa anaknya yang kini berada di England teringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England, si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap.Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan oleh Tuhan...Moral:
Pertama: Kita sering memaksakan kehendak kita kepada Tuhan sewaktu berdoa, padahal sebenarnya Tuhan lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan apa yang terbaik untuk diri kita.
Kedua:. Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita sebagai hambaNya yang lemah. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap apa yang dipinta. Percayalah bahawa Tuhan akan mengabulkan doa kita sesuai dengan rancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita.
Ketiga : Tiada yang mustahil bagi Tuhan.

Dipetik dari: warnadiri.blogspot.com ( mohon kebenaran )

Saturday, December 12, 2009

Mak Su dan Angah Miah berkunjong ke rumah kami di Setiawangsa.

Alhamdulillah pada Sabtu yang lepas Mak Su dan Angah Miah telah berkunjong kerumah kami di Setiawangsa. Cadang cadang tu nak bawa la mak su dan angah Miah makan malam special kat luar tapi Nahdia anak kami menjemput kami semua makan malam di rumah dia. Kebetulan pula malam tu Hj Karim dan Hjh Che'Nap ( pak mertua dan mak mertua ) ada bermalam dirumah Nahdia.
Terima kasih banyak banyak pada Mak su dan angah Miah kerana sudi datang kerumah kami.. Sembang sembang malam tu dengan Angah Miah tak sedar sampai pukul 4 pagi baru tidor. Diharap mak su dan angah Miah akan datang kerumah kami lagi dilain waktu.

Berbual bual selepas makan malam

Bersama emak mertua ( disebelah kanan sekali )

Nahdia sedang melayan makan malam dirumahnya


Sunday, December 6, 2009

REHLAH DIHUJUNG MINGGU BERSAMA CUCU.

Di hujung minggu lepas saya agak free sedikit. Dikelapangan masa yang diberikan oleh Allah swt dapat lah saya bersantai bersama cucu dan anak di Sungai Gombak.