Thursday, March 18, 2010

MOHON MAAF

MOHON MAAF KERANA SUDAH LAMA TIDAK MENGEMASKINI BLOG KELUARGA DARHAM NI. INI DISEBABKAN URUSAN KERJA YANG TERLALU BANYAK. BERBANYAK TERIMA KASIH KEPADA KELUARGA YANG MASIH SUDI LAGI MENGUNJUNGI BLOG INI.

Friday, January 1, 2010

Musim sejuk melampau






Assalamualaikum w.r.t.h semuanya. Nampaknya kenduri Ghafar menjadi penutup kepada semua events keluarga Darham bagi tahun 2009. Nampaknya ramai juga kulaan yang dapat menghadirkan diri. Tahniah diucapkan kepada Ghafar & isteri sekali. Semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat dan diberkati Allah sentiasa.

Di UK sekarang sedang dilanda kesejukan yang melampau sangat-sangat. Salji yg turun sebelum krismas belum lagi cair2, tetapi bertukar menjadi ais batu. Malah dijangkakan minggu depan ni makin teruk lagi. Masa ni jalan raya menjadi sangat merbahaya sebab licin sekali. Ada juga 2-3 org yg dah mati terjatuh. Diaggarkan lebih 20 ribu kes sehari dilaporkan di hospital2 & klinik kecederaan akibat terjatuh licin. Sungai& tasik juga membeku. Harap2 jangan otak saya beku sama sudahlah......sebab bila sejuk ni, selesa sekali duduk di bawah selimut tebal. Suhu boleh kata selalu negatif aje.

Bila sejuk begini, tak dapat nak tipu diri ini, akan betapa rindu pada tanah tumpah darah sendiri. Suami jugak selalu kata, cepatlah sikit habiskan study ni, boleh balik cepat ke Malaysia. Suhu sejuk ni, kita tak boleh nak lari mana2. Even buka heater, masih lagi sejuk. Kulit2 habis menggelupas, mungkin kesan pemanas tu. Sekali-sekala masak gulai, buka tingkap.....hai lucu juga sebab air2 yg ada disekitar tingkap tu keras membeku. Kiranya kalau letak makanan tepi tingkap, lebih sejuk dari dalam peti ais.

Apapun, Insyaallah, semoga semua yang dihadapi hari2 di bumi UK ni akan lebih menjadikan kami kekuatan dan ketabahan menjalani kehidupan ini. Ditambah dgn amanah yg dipikul, serta bebanan pengajian,menguruskan anak2 & keluarga, semoga Jihad ini dipermudahkan Allah selalu. Dipohon doa daripada Emak serta keluarga agar saya dapat menghabiskan pengajian ini & pulang kepangkuan seperti yg sepatutnya. Terima kasih yg tidak terhingga kepada Emak & arwah Ayah yang telah melahirkan serta bersusah payah membesarkan saya. Juga terima kasih kepada semua ahli keluarga yang selalu menyokong & mendoakan kami disini.

Salam tahun baru buat semua dari kami di perantauan.

Khaliza & Syed Mahadi serta anak2.