


ISTERI DAN ANAK SAYA SEDANG MEMILIH TELEKONG. ANGAH CHE'MAH ADA JUAL TELEKONG ISTEMEWA DARI VIETNAM. BOLEH ORDER MELALUI TELEFON.
Alhamdulillah , Hari Raya tahun ini agak begitu meriah dan bermakna bagi diri saya yang sudah menjangkau usia yang agak tua ini. Walaupun dua daripada anak menantu tidak bersama berhari raya pada tahun ini, namun Alhamdulillah ,kemeriahan nya tetap ada, di samping isteri yang tersayang, anak sulong , Nahdia dan Urwah(menantu) serta dua orang cucu , Marwan dan Mariam Hana. Kemeriahan juga agak bertambah disamping puteri yang ada tinggal lagi, Khadijah , serta dua orang lagi putera saya ia itu Ahmad dan Mutmaein.
Disamping berhari raya dengan keluarga isteri di Sungai Bakau, dikesempatan Hari Raya ini, saya juga dapat melakukan Ziarah terutama sekali kerumah marina di sebelah keluarga Darham. Marina yang sempat saya ziarahi ialah Mak Long Sabariah di Parit Hj Ali, Angah Wahab di Ayer Putih dan Angah Che'Mah dan Angah Shaari di Trolak Utara.
Insya Allah , kisah dan gambar ziarah saya kerumah Keluarga Firdaus ( Mak Long Sabariah )akan saya keluarkan di posting yang akan datang.
Assalamualaikum, abg arifin.
ReplyDeleteselamat hari raya.
maaf zahir batin.