Tuesday, September 8, 2009

Famili Hj Jamaluddin dan Hajjah Faridzah


Cuba kita lihat. Ramainya dah keluarga Hj Jamaluddin. Harat harat dan boleh tahan juga ganal ganalnya. Gambar ini dihantar oleh anak Sulung beliau iaitu E. Fadzil yang bertugas diPejabat Zakat, Pulau Pinang. Terima kasih Fadzil. Dulu ada datang kenduri kami Di Sungai Petani.


Sebenarnya Hj Jamaluddin ni boleh dikatakan diantara sepupu sepupu yang paling saya rapat. Kami rapat sewaktu masih kecil kecil lagi. Waktu zaman persekolahan, beliau dikatakan murid yang agak aktif dan bijak. Kami bersekolah yang sama iaitu di Government English Secondry School, Bagan Serai. Hj Jamaluddin dan saya, juga diantara banyak cucu yang banyak membantu atunya di bebendang diparit antara, ketika dulu. Mengerat, memukul, menajak dan apa jua yang atunya minta akan kami jalankan. Kami pun tak lah berkiraan sangat dengan atunya ni. Dapat belanja sekolah dah cukup la tu. Saya pernah hambir dibelit ular sawa sewaktu mengangkat pukat atunya.


Semasa kecil saya pernah tinggal dengan keluarga Hj Jamaluddin di Parit Hj Taib sewaktu bulan puasa. Saya turut membantu beliau menjual Ais ketul sewaktu bulan Ramadhan tu. Bayangkan zaman tu Ais hanya 20 sen seketul. Sehari , tak lebih 20 ketul saja yang boleh dibawa.


Semasa bujang pula saya pernah tinggal serumah dengan beliau di Puchong. Ketika itu beliau bertugas di PKNS , PJ, dan saya bertugas Pusat Latihan Telekom Jalan Gurney, KL. Turut tinggal serumah ketika itu Arwah Asmuni adik angah Hajar. Satu peristiwa yang tak dapat saya lupakan ialah operasi menangkap pijat. Almaklumlah bilik orang bujang. Sesekali kami pulang kekampung bersama dan selalunya tak miss la singgah di Cameron Highlands kerana kekasih awal dan akhir beliau bekerja diatas tu.


Kebetulan semasa beliau tinggal di sungai Petani, saya juga bertugas di Tikam batu , Sungai Petani ketika itu . Kadang kadang sempat juga kami beziarah anatara satu sama lain.


Kini masa dah berlalu. Masing masing aur. Sesekali dapat lah berjumpa sewaktu kenduri saudara mara. Anak anak cucu pun masing masing dah ramai. Terpulang lah kepada mereka untuk meneruskannya lagi hubungan kekeluargaan ini. Hanya masa yang akan menentukan.

No comments:

Post a Comment