Wednesday, September 9, 2009

JALAN JALAN CARI KULAAN

Aida, Wati dan anak Wati.
Bersama Zulhashimi, anak kelapan Angah Wahab.

Wati anak ketiga angah Wahab.
Alhamdulillah dalam perjalanan ke Putra Jaya semalam bersama dua orang anak lelaki , sempat saya singgah di Pinggiran Putra. Saya berkesempatan berjumpa dengan 3 orang anak Angah Wahab yang tinggal disitu. Ini lah pertama kali saya berjumpa dengan ketiga tiga mereka tu, iaitu Wati ,anak ketiga angah Wahab, Aida anak kelima dan Zulhashimi anak kelapan. Bila Wati bertanya kepada saya yang saya ini anak siapa. Saya katakan yang kita ni sepupu. Emak saya Masrah dua beradik dengah Angah Wahab. Maaf la katanya, sebab tak pernah tau pun ada emak saudara nama angah Masrah.



Syabas saya ucapkan kepada mereka sebab ketiga tiga mereka dah jadi usahawan. Hidup berdikari. Saya difahamkan angah Wahab pun selalu juga kesana. Selain tiga orang tu, ada anak angah wahab yang tinggal di Rawang dan diLumut. Selainnya tinggal berdekatan dengan rumah Angah Wahab di Taiping.



InsyaAllah jika diizinkan , saya bercadang untuk mengadakan perjumpaan Hari Raya bersama dengan Keluarga Darham selepas seminggu Hari Raya di Setiawangsa. Cadang tu nak buat hari Ahad, seminggu lepas raya. Harap mendapat sambutan.

No comments:

Post a Comment