Tuesday, September 15, 2009

MUSAFIR DIAKHIR RAMADHAN DAN JUMPA IBU


Alhamdulillah. Sekarang pukul 3 pagi. Bersaorangan dalam perjalanan dari Sungai Petani ke KL. Bertemankan kereta dan note book berhenti di Surau Petronas Sungkai, Perak, untuk menyahut seruan malam lailatul qadar. Semuga musafir ku ini mendapat keredhaan Allah swt. Dah janji dengan Mak su nak bersahur dirumahnya pukul 4.30 pagi, tapi waktu masih terlalu awal untuk kesana. Kesian juga nak gerak mak su. InsyaAllah kalau sempat nak singgah juga kat rumah Angah Che' Mah pagi nanti. Siang tadi mesyuarat di Pengkalan Hulu, Perak. Kemudian singgah di sungai petani,KEDAH. Berbuka puasa dengan Emak dan keluarga Khadijah di Tanjong Piandang, PERAK. Teringat kata kata dalam Blog Dina, kalau nak cium mak biar lah sementara mereka masih hidup. Kalau dah tak ada Mak, baru lah terasa syahdunya terutama waktu raya ni. Kalau masa kecil emak ayah cium kita, sekarang kita lah pula yang mencium mereka. Kadang kadang tu, dah la tak bagi duit , jabat tangan pun, macam jabat dengan member je. Jadi Alhamdulillah , balik sekali sekala, dapat lah cium Mak masa sampai dan masa balik. Dan tak lupa juga bagi sedikit allowance. kalau tidak mak kita nak dapat gaji mana?. Kadang kadang kita lupa, yang Mak kita dikampong tu bukan ada kerja apa. Assume ada duit je. Sorry , panjang pula berceloteh pagi pagi ni.

No comments:

Post a Comment