Thursday, September 24, 2009

APA KHABAR ORANG LAHAD DATU, SABAH.?

Di negeri dibawah bayu, nun jauh diseberang laut, kita ada kulaan disana. Kalau ada berkesempatan melancong atau bekerja outstation di Sabah, dan kalau ada peluang untuk Ke Lahad Datu, kenapa tidak kita singgah di rumah Faisal, anak Mak long Sabariah.

Walaupun jauh tinggal diSabah, namun melalui Teknogi maya, saya masing sering berhubung dengan Faisal , sama ada melalui blog, telefon atau pun email. Sebenarnya masa bujang bujang dulu saya pernah tinggal dengan nya serumah di Lembah keramat.Kemudian beliau pindah ke Kg. Cubadak Sentul , Kuala Lumpur. Selepas tu ,dapat tahu di dah ke Sabah.

Diharapkan , walaupun jauh di perantauan, beliau masih lagi dapat merayakan Hari Raya Aidil Fitri ini bersama sama kita melalui alam maya.

Taqab ballah hu minkum. Minna wa minkum taqabbal ya!! Kareem.





Walaupun jauh di perantauan, namun Hafiz dan Fariz, tetap ceria.


Faisal bersama isteri tercinta. Di Kundasanag , Sabah.

No comments:

Post a Comment