Wednesday, September 2, 2009

Jejak Kulaan dibulan Ramadhan.

Gambar keluarga Hj Asmuni

Alhamdulillah dengan berkat Teknologi yang ada dapat saya menjejak kulaan dibulan Ramadhan yang mulia ini. Firdaus merupakan salah seorang anak Along Zaini yang agak rapat dengan saya.Walaupun sudah lama kami tidak berjumpa tapi sekali sekala kami ada berhubung dengan telefon. Dulu beliau suah tinggal diSungai Petani dan bekerja di PERNEC Kedah, Sungai Petani. InsyaAllah kalau ada gambar semasa dia bekerja diPERNEC akan saya siarkan akan datang. Kini beliau tinggal di Bangi,bekerja sebagai guru di Sekolah Seri Kembangan. InsyaAllah jika ada kelapangan akan saya ziarahi tak lama lagi. Bukan jauh sangat cuma kada sawat. Aur memanjang. Melalui Firdaus dapat saya menjejak beberapa orang adik beradik beliau. Terima kasih Firdaus.

Alhamdulillah juga, Firdaus dapat menghantar gambar keluarga Asmuni. Lama dah tak jumpa Hj Asmuni ni. Baru baru ni ada lah dengar buat kenduri kahwin diIpoh, tapi tak kena seruan malu juga nak pi. tak pa lah Cam, bedarau la kita. saya pun dah tiga kali kenduri lupa juga nak panggil tuan HJ. InsyaAllah akan datang saya akan panggil. Tak melalui kad, melalui blog pun ok. Saya dengan Hj Asmuni ni memang agak rapat semasa anum dulu. pernah tinggal dirumah along zaini semasa menjaga kedai angah Halim dulu. Saya juga amat mengenali beberapa lagi anak along seperti kak ijah, Rosminah dan Faisal . kalau tak silap saya Tuan Hj Asmuni sekarang Pengetua diSekolah Izzuddin, Ipoh. Mohon maaf kerana tak minta kebenaran untuk memaparkan gambart anta sekeluarga.

No comments:

Post a Comment