Wednesday, October 28, 2009

BERKENALAN DENGAN KELUARGA ANGAH WAHAB

Angah wahab bersama Noraini dan Cucu (anak Nor )

AMY DAN OMAR




Carta keluarga




Bersama isteri dan bekas isteri




Semasa pengkebumian Jenazah Arwah Azwan baru baru saya mengambil emergency leave sehari untuk mengambil kesempatan berjumpa dengan keluarga keluarga terutama sekali dengan keluarga Angah Wahab. Saya merasakan agak sudah lama terpisah dengan anak anak angah Wahab, malah tidak pernah berjumpa dengan mereka kecuali Omar dan Arwah Azwan, semasa ziarah Raya Puasa tadi. Aida, Wati dan Shimi pula telah saya ziarahi mereka di Pinggiran Putra pada bulan yang lepas.



Kali terakhir saya berjumpa Noraini, anak sulong angah Wahab , ketika beliau masih kecil lagi. Masa jumpa baru baru ini, anak Noraini dah besar , hampir sama dengan emaknya. Comel orang nya.



Mana kala Amy pula , itu lah pertama kali saya berjumpa dengan beliau. Walaupun berada didalam kesedihan sempat saya ambil gambar Amy dengan sedikit lemparan senyuman. Dua minggu sebelum Arwah meninggal , saya ada menalipon Azwan tetapi Amy yang menjawabnya. Bila melihat wajah Amy, dalam hati terkata, memang cucu Che'Yah seberataan nya paruna paruna. Dan teringin juga Amy ni nak dijadikan menantu.


Untuk pengetahuan Amy, abang ariffin agak terkejut juga pada mulanya dengan penambahan follower di Blog Keluarga Darham ni. Tertanya tanya juga , siapa la si Amy ni. Terima kasih banyak banyak kerana sudi menjadi Follower untuk menggantikan arwah Azwan.

Monday, October 26, 2009

SAAT SAAT MANIS NENEK KITA ,CHE' YAH BERSAMA SUAMI KETIGA.








BERSAMA HJ MUSA AHMAD ( BEKAS SUAMI NENEK )




Tak puas rasanya lagi nak bercerita tentang tok kita Che'Yah yang banyak sangat jasanya kepada kita. Kalau boleh nak tangguhkan dulu posting seterusnya. Biarlah banyak lagi nostalgia cucu cucu nak dikongsikan bersama. Ini tak termasuk lagi cerita dari Alwi, Firdaus, Faisal , Aman dan anak anak angah Siah , anak Along dan anak anak marina yang lain.




Baru baru ini ada Jamaliah hantar gambar ketika kenangan manis nenek bersama suaminya yang ketiga. Terima kasih banyak banyak kat Jamaliah. kalau ada gambar lain kita akan siarkan lagi kemudian.

Wednesday, October 21, 2009

MENJENGUK RUMAH KELUARGA DARHAM DI PARIT MENTARA.

Semasa cuti sempena pengkebumian Arwah Azwan baru baru, apabila melintasi Parit Mentara, saya begitu terpanggil untuk melihat bagaimanakah keadaan rumah atunya yang sekian lama ditinggalkan usang.

Anak saya Mutmaein agak kehairanan kerana tiba tiba sahaja kereta saya membelok masuk kesebuah kampong yang tak pernah diziarahinya. " Kenapa baba masuk kampong ni?" tanya Mutmaein. Saya menjawab " Ini lah asal usul kampong Keluarga Darham dalam Blog baba tu". "Kita nak tengok bagaimana rupa rumah keluarga Darham sekarang" sambung saya terus.


Sebelum sampai kerumah Atunya tu saya terserempak dengan seorang makcik. Saya rasa agak kenal mak cik tu walaupun dah agak tua dan hampir 40 tahun tak jumpa. Saya pun memberhentikan kereta dan bertanya apakah kakak ni kakak Raunah. Jawab nya " Ya, kau ni sapa " . Saya jawab yang saya ni anak Masrah. " Oh ya,Ipin, ading Gayah " jawabnya terus. " Ma apa kau datang sini? tanya lagi. " Handak ma ambil gambar rumah atunya Che'Yah yang kosong tu. Kakak Raunah terus melemparkan senyumannya.


Sebenarnya Kakak Raunah ni memang cun!!! orangnya semasa muda dulu. Sebab tu lah saya masih lagi mengenalinya . Dia ni kawan arwah Kak Gayah dulu.

Sebelum sampai kerumah atunnya saya berhenti sekejap untuk mengambil gambar surau. Teringat kembali nostaljia bersembahyang disurau ni semasa tinggal dirumah atunnya dulu.


Setiba sahaja sampai kerumah Atunya , teringat kembali kenangan di zaman bahari ( silam ). Bila sampai dihalaman rumah, saya tercari cari kemana perginya pokok lidah buaya dahulu. Didaun lidah buaya tu lah dulu tempat coretan cucu Darham , seperti I Love u .... dan sebagainya. Sempat saya meminta Mutmaein mengambil gambar saya dudok diatas tangga. Semasa dudok ditangga tu tiba tiba bulu ruma saya menegak. Dalam hati berkata, hai!! ada penunggu ke rumah ni. ( melawak je ).


Harapan saya agar satu hari nanti rumah keluarga Darham ni akan didiami semula. Atau kalau ada anak cucu yang ada duit lebih sikit boleh la repair sikit rumah tu dan buat HOMESTAY.

Apa pendapat anak cucu Darham ? Paisal ok?. Hai!!!!!, tempat jatuh lagi dikenang , ini kan pula tempat bakubang.



PAPAN TANDA PARIT MENTARA

JALAN MENUJU MASUK KE PARIT MENTARA
SURAU PARIT MENTARA

PENULIS

INI LAH BEKAS RUMAH KELUARGA DARHAM YANG MENINGGALKAN RIBUAN KENANGAN. TERDAPAT POKOK DURIAN DIHADAPAN RUMAH




POKOK PISANG EMAS DIHALAMAN RUMAH

Monday, October 19, 2009

DISEKITAR PENGKEBUMIAN ARWAH AZWAN ABD WAHAB

Memang jarang jarang saya menerima panggilan lewat tengah malam. Apa bila saya menerima panggilan pukul satu pagi baru baru ini dari Omar, memang saya mengagak yang ianya adalah panggilan berita kematian. Jangkaan saya tepat.

Sebenarnya saya hanya baru mengenali Arwah Azwan ini pada hari kedua Hari Raya Aidil Fitri baru baru ini. Rupanya itulah kali pertama dan kali terakhir saya berjumpa dengan beliau.

Azwan merupakan anak ketiga dan bongsu dari isteri ketiga Angah Wahab dan beliau juga anak yang kesebelas dari anak anak Angah Wahab. Lapan dari anak anak Angah Wahab yang lain adalah dari isteri kedua Angah Wahab.

Semasa ziarah Hari Raya saya tempoh hari, beliau amat begitu mesra sekali. Belum sampai saya keKuala Lumpur, beliau sudah pun menjadi FOLLOWER Blog keluarga Darham. Didalam Blog itu juga beliau mengucapkan berbanyak terima kasih diatas kunjungan saya kerumahnya.

Alhamdulillah, semasa saya menziarahi pengkebumiannya baru baru ini, barulah saya dapat mengenal kesemua anak anak Angah Wahab. Carta keluarga beliau akan saya posting kemudian.

Kepada Azwan, Allah lebih menyayanginya. Walaupun berumur sekitar 18 tahun tetapi beliau telah pergi dahulu dari kita.

Sama sama lah kita menghadiahkan Al-Fatihah kepadanya dan semuga Allah swt. mencucuri rahmat keatas roh nya. Ameen!!! Ya Rabbal Aalameen.

Sunday, October 18, 2009

AZWAN ANAK ANGAH WAHAB MENINGGAL DUNIA KEMALANGAN

Arwah Azwan

Innalillah hiwainna ilai hira jiun. Kepadanya kita datang dan kepadanya jua lah kita kembali.


Mendapat panggilan telefon dari Omar pukul 1.00 pagi tadi memberitahu yang adiknya Azwan meninggal dunia disebabkan kemalangan di Telok Intan lebih kurang pukul 10 malam tadi. Waktu posting ini dibuat, Angah Wahab dan keluarga sedang dalam perjalanan untuk menuntut mayatnya di Hospital Parit. Jenazah akan cuba dibawa pulang ke Ayer Putih secepat mungkin pada pagi ini jua. Walaubagaimana pun ianya tertakluk kepada post moterm.

Saya pertama kali berjumpa dengan beliau pada Hari Raya Puasa tadi dan beliau adalah juga pengikut setia ( Follower ) blog Keluarga Darham ini. Berumur sekitar 19 tahun.


Kita berdoa agarnya rohnya dirahmati oleh Allah swt.

Thursday, October 15, 2009

Spring






Salam semua. Pelawaan bang pin utk dipostkan gambar2 masa spring lepas menguatkan semangat utk berjaga. Disini di uploadkan sedikit gambar sewaktu spring bulan Mei lepas. Taman ini di sebelah universiti saja & memang hari2 lalu. Cantik sungguh & bersih. Banyaklah org2 putih, terutama yg pencen2 lepak2 menikmati cahaya matahari. Di sini asal ade cahaya aje, kena cepat2 grab, sebab dia mai sat2 ja. Padan pun org2 sini pantang panas je, berjemur. kita yg dari negara panas pun tak sabar2 nak berjemur sama.

Sekolah anak-anak






Alhamdulillah, semenjak balik hari tu, anak2 memulakan persekolahan dgn penuh semangat. Muhammad 8 thn dah darjah 4, Udin 5 thn dah darjah 1 & syafaah nursery 1,. Persekolahan bermula jam 9.00-3 ptg, tapi Syafaah habis jam 11.30. Time tu nampak okey aje, tapi mencabar jugak, sebab dgn keadaan sekarang, matahari terbit jam 8.00, sejuk & gelap uyuh jugak nak mengejutkan anak2 ni.

Selain tu, nak bersiap pun ambil masa, pakai baju berhelai2 & akhir sekali jaket. Mula2 sampai dulu teringat, kalau nak hantar anak cukup dgn berkain pelekat saja, disini dgn kita2 kena siap berbungkus. Sekolah disini betul2 free, macam Malaysia jugak, tapi free education tu, adalah totally free, even 1 sen pun xde charge. Segala alat tulis, buku2, tambang2 bas lawatan ke muzium, zoo atau lain2 x dikenakan. malahan semua dapt makanan percuma lagi halal.

TAHNIAH AIMAN



Sewaktu melayari Facebook tadi, terjumpa gambar Liza dan anaknya sewaktu Graduasi MRSM KKB baru baru ni. Tahniah diucapkan kepada keluarga Liza. Didoakan agar Aiman akan terus menempa kejayaan selepas ini.

Wednesday, October 14, 2009

WAJAH CUCU HJ ESMONE YANG COMEL







Comel kan? Namanya belum confirm lagi.


Kalau sebelum ini ia nya hanyalah gambar hiasan sahaja. Kini kita dapat melihat cucu Hj Esmone yang sebenarnya. Bujur jua kah?

Alhamdulillah ana ( saya ) dan isteri berkesempatan menziarahi keluarga Hj Esmone di Ipoh Perak, sebentar tadi. Wah nampak comel sesangat . Terasa macam seolah olah cucu Tuan Hj Esmone ni macam cucu kita sendiri.

Sebelum pulang sempat isteri ana berbisik " macam rupa anak anak kita dulu dulu ya?". Mana tidaknya , kan kita ni serumpun. Dari keluarga Eche' dan Darham juga.


Mabruk buat Tuan Hj Sekeluarga.

Sunday, October 11, 2009

HJ ESMONE DIKURNIAKAN PANGKAT DATUK PETANG SEMALAM.

Gambar hiasan

Alhamdulillah , akhirnya Hj Esmone berjaya mendapat gelaran datuk hakiki yang tak boleh ditarik balik, yang diberi oleh cucu lelakinya pada hari Ahad semalam. Tahniah , mabruk. Semuga menjadi Rijal, Dai dan sebaris dengan orang orang yang Soleh, InsyaAllah. Nampaknya bertambah la cicit Che'Yah seorang lagi.

Tuan Hj, kalau dah bangaran dan ada gambar , hantar la ke Blog Keluarga Darham ni.

Saturday, October 10, 2009

Friday, October 9, 2009

JIKA AKU JATUH HATI

CARTA KELUARGA PAK LONG HJ ZAINI TERKINI

Alhamdulillah dengan pertolongan saudara Mohd Firdaus di Bangi maka dapat saya menyiapkan carta Keluarga Pak Long Hj Zaini dan Mak Long Hjh Sabariah yang terkini. Mohon maaf kepada Hj Esmone kerana agak terlambat sedikit. Gambar Faisal agak nampak muda. Tahun bila ni?. Tau tak gambar ni ambil kat mana? Gambar Fuad guna gambar pengantin sebab yang lain tak ada dalam simpanan.









Thursday, October 8, 2009

Kisah silam. Satu hari di Bukit Merah.


BERKONGSI PENGALAMAN SILAM





Wednesday, October 7, 2009

CARTA KELUARGA HJ ZAINI DAN HJH SABARIAH

CARTA KELUARGA ALONG ZAINI

Setelah mendapat undian kedua ,kita posting kan carta keluarga Pak Long Zaini dan Mak Sabariah pula. Walaubagaimana pun carta tersebut belum 100% siap sebab belum diletak nama dan gambar keluarga ada yang tidak ada lagi . InsyaAllah kita akan editkan gambar tu semula setelah mendapat input dari saudara Firdaus. Apa macam, boleh ka Firdaus?.


Sebelum di edit. Komen adalah di alu alukan.

Tuesday, October 6, 2009

CARTA KELUARGA HJ SHARI DAN HJH MASNAH


Setelah dibuat pengundian, keluarga Hj Shari dan Hjh Masnah telah dicalunkan sebagai keluarga yang pertama lengkap untuk disenaraikan dalam Blog keluarga Darham.

Selain itu, yang lengkap ialah keluarga Angah Miah dan keluarga Masrah.

Yang lain akan menyusul kemudian setelah senarai nama dan gambar dari pihak keluarga masing masing di perolehi. Harap maaf.

Sebarang kesilapan harap mendapat kemaafan.

GAMBAR CUCU LELAKI VER. 2



Mohon maaf yang tak bernama dan yang salah nama tu. Terima kasih kepada Firdaus yang telah membuat pembetulan.

Monday, October 5, 2009

CUCU LELAKI DARHAM VER.1

WAJAH WAJAH CUCU LELAKI ATUK DARHAM VER 1. Cuba teka siapa yang dibawah kanan sekali tu?.










Diatas permintaan, kita posting kan wajah wajah cucu lelaki Darham Ver. 1. Yang dulu cucu perempuan Darham ver.1. Nak menyediakan cucu lelaki Darham ni agak mengambil masa sebab gambarnya terlalu sikit yang nak diisi. Kalau kita lihat banyak lagi cucu yang missing. Contoh nya anak lelaki Angah Siah, Angah Halim, Angah Wahab, Along dan Mak su. Jadi mohon maaf banyak banyak kepada gambar yang belum disiar. InsyaAllah kita akan posting pada VER. 2. Kalau boleh kita akan tulis nama sekali sebagaimana yang disarankan oleh Hj. Esmone.





Kepada ahli keluarga yang gambarnya belum disiar lagi harap dapat menghantar kepada email saya, ariffin.saidin@gmail.com. Semuga kita dapat siapkan semua carta keluarga Darham sebelum hujung tahun ini.

Gambar Khairuddin Shari juga tertinggal. Memang dah lama tak jumpa Khairuddin, sebab tu lah lupa.





Komen komen adalah dialu alukan.

Sunday, October 4, 2009

KELUARGA ANGAH DERANI BERAYA DI JENGKA.

Terima kasih kepada Alwi yang sudi menghantar gambar gambar raya dari Jengka, Pahang. Alhamdulillah , dapat juga kita menatap wajah wajah anak menantu dan cucu Angah Derani dan Angah Safiah yang terkini. Baru dua menantu , nampak dah agak ramai keluarga Angah Derani.


Semuga Angah Derani dan Angah Safiah diberkati dengan cucu cucu yang soleh dan solehah InsyaAllah.

KELUARGA ANGAH DERANI DAN ANGAH SAFIAH

CUCU CUCU ANGAH DERANI.


KELUARGA NUR AFIFA

KELUARGA ALWI



RUMAH TERBUKA DIRUMAH NURUL.

Alhamdulillah, hari ini saya berhari raya di tiga buah rumah bersama anak menantu dan cucu. Rumah yang terakhir kami singgah ialah di Rumah Nurul di USJ7. Turut bersama berkunjong ke rumah Nurul ialah ayah dan emak Nurul ia itu Angah Shari dan Angah Che'mah serta saudara Nurul yang lain termasuklah Nizam dan isteri, Khairul, Saadiah, Sarimah, Dina, Jasni dan anak anak saudara yang lain. Seronok juga sekali sekala jumpa kulaan macam ni. Nampaknya kena lah buat rumah terbuka macam ni selalu.

Ada la dua tiga gambar yang saya ambil. Cuma yang ter miss ia lah gambar tuan rumah, ia itu Nurul. Harap Nurul dapat la emailkan gambar gambar yang diambil bersama keluarga yang lain.

Terima kasih sekali lagi kepada Nurul yang sudi menjemput kami sekeluarga.

Kepada Firdaus mohon maaf kerana tak sempat pergi ke Bukit Mahkota.
























Thursday, October 1, 2009

KELUARGA fARIDAH- ANAK ANGAH SIAH

Siti Nadrah bersama emak (Faridah) dan Ayah ( Abdul Aziz ) dimajlis Konvokesyen.



Siti Hajar bersama keluarga sempena majlis perkahwinan. Mana pasangannya? Harap dapat hantar kemudian.


Pada beberapa bulan yang lepas saya dan keluarga dijemput menghadiri majlis perkahwinan anak Faridah iaitu Siti Hajar di Kajang. Walaubagaimana pun saya hanya dapat menghadiri majlis pernikahannya saja . Kenduri nikah pun macam kenduri betul betul juga besarnya. Faridah mempunyai empat orang anak, 3 perempuan dan seorang lelaki. 2 dah pun graduate. Designer dan business studies. Tahniah diatas kejayaan keluarga.




Semuga kejayaan anak anak Faridah dan Abdul Aziz akan berterusan . Cuma kalau ada kenduri kahwin tu lagi jangan la lupa kulaan.




Daripada email yang saya dapat , Aziz pun tagak bisa basurah banjar. Teruskan.

MAGUN LAGI RAYA- KELUARGA ALONG

Alhamdulillah suasana Hari Raya Masih lagi terasa. Tak terbayang bagaimana Mak Long Sabariah melayani anak cucu yang begitu ramai semasa hari raya baru baru ini. Comel comel dan handsome handsome nya cucu mak long. Kalau dah kuitan harat , anak cucu gin harat harat jua la. Bujur ka Hj Esmone ?
Kalau bginilah ramainya cucu cicit atuk Darham , InsyaAllah semuga satu hari nanti ada diantara kulaan kita yang berbesan. InsyaAllah , tak lama lagi kita akan buat program temu jodoh pula melalui Blog Keluarga Darham ni.
Terima kasih banyak banyak kepada Firdaus yang sudi menghantar gambar gambar ni. Kepada Faisal yang jauh di negeri dibawah bayu tu boleh download gambar gambar ni.

Posting ini di buat di perhentian Bas Express Pulau Pinang , sementara menunggu pulang ke Kuala Lumpur.

Wassalam.