Wednesday, October 21, 2009

MENJENGUK RUMAH KELUARGA DARHAM DI PARIT MENTARA.

Semasa cuti sempena pengkebumian Arwah Azwan baru baru, apabila melintasi Parit Mentara, saya begitu terpanggil untuk melihat bagaimanakah keadaan rumah atunya yang sekian lama ditinggalkan usang.

Anak saya Mutmaein agak kehairanan kerana tiba tiba sahaja kereta saya membelok masuk kesebuah kampong yang tak pernah diziarahinya. " Kenapa baba masuk kampong ni?" tanya Mutmaein. Saya menjawab " Ini lah asal usul kampong Keluarga Darham dalam Blog baba tu". "Kita nak tengok bagaimana rupa rumah keluarga Darham sekarang" sambung saya terus.


Sebelum sampai kerumah Atunya tu saya terserempak dengan seorang makcik. Saya rasa agak kenal mak cik tu walaupun dah agak tua dan hampir 40 tahun tak jumpa. Saya pun memberhentikan kereta dan bertanya apakah kakak ni kakak Raunah. Jawab nya " Ya, kau ni sapa " . Saya jawab yang saya ni anak Masrah. " Oh ya,Ipin, ading Gayah " jawabnya terus. " Ma apa kau datang sini? tanya lagi. " Handak ma ambil gambar rumah atunya Che'Yah yang kosong tu. Kakak Raunah terus melemparkan senyumannya.


Sebenarnya Kakak Raunah ni memang cun!!! orangnya semasa muda dulu. Sebab tu lah saya masih lagi mengenalinya . Dia ni kawan arwah Kak Gayah dulu.

Sebelum sampai kerumah atunnya saya berhenti sekejap untuk mengambil gambar surau. Teringat kembali nostaljia bersembahyang disurau ni semasa tinggal dirumah atunnya dulu.


Setiba sahaja sampai kerumah Atunya , teringat kembali kenangan di zaman bahari ( silam ). Bila sampai dihalaman rumah, saya tercari cari kemana perginya pokok lidah buaya dahulu. Didaun lidah buaya tu lah dulu tempat coretan cucu Darham , seperti I Love u .... dan sebagainya. Sempat saya meminta Mutmaein mengambil gambar saya dudok diatas tangga. Semasa dudok ditangga tu tiba tiba bulu ruma saya menegak. Dalam hati berkata, hai!! ada penunggu ke rumah ni. ( melawak je ).


Harapan saya agar satu hari nanti rumah keluarga Darham ni akan didiami semula. Atau kalau ada anak cucu yang ada duit lebih sikit boleh la repair sikit rumah tu dan buat HOMESTAY.

Apa pendapat anak cucu Darham ? Paisal ok?. Hai!!!!!, tempat jatuh lagi dikenang , ini kan pula tempat bakubang.



PAPAN TANDA PARIT MENTARA

JALAN MENUJU MASUK KE PARIT MENTARA
SURAU PARIT MENTARA

PENULIS

INI LAH BEKAS RUMAH KELUARGA DARHAM YANG MENINGGALKAN RIBUAN KENANGAN. TERDAPAT POKOK DURIAN DIHADAPAN RUMAH




POKOK PISANG EMAS DIHALAMAN RUMAH

9 comments:

  1. Usang dah rumah ni...

    Teringat masa kecik-kecik dulu... berkubang kat parit depan rumah nenek, tak ingat nak naik dah...Tak lama lepas tu, Angah Masrah dengan Angah Miah berdiri kat tepi jalan sambil tunjuk ada buaya kat hujung parit... :)

    ReplyDelete
  2. Agaknya kalau Dina berkubang sekarang ni, buaya yang takut. Jangan marah ya!!!!.

    ReplyDelete
  3. Bahari kalau pi rumah nenek kena bejalan kaki. Jauh sungguh, tapi puas hati, sebab banyak pokok pelam, terutama kuinin. Teringat Arwah Datu' naik skate board. kuat sungguh arwah menguruskan diri, walaupun uzur & selalu ditinggalkan arwah nenek.

    ReplyDelete
  4. usang dah rumah arwah nenek.
    teringat masa arwah nenek ada lagi, kalau cucu2 nak balik, bersalam dgn arwah, nenek seluk uncang duit nenek bagi kt cucu2.
    sapa yg dapat byk tu, bertuah la.

    ReplyDelete
  5. Zaman Nurul mungkin lah agaknya dapat duit. Zaman kami kalau pergi rumah nenek, kena cukai duit rokok ada lagi. Tapi dah zaman ada kerja ok la, lebih pada rokok pun kita bagi. Bagi Abang Ipin, yang miss nya nenek ni tentang urut. kalau sampai ja rumah nenek mesti tanya, nak urut ka. Nenek punya urutan memang terbaik cuma meraung raung la sikit kesakitan. Memang berbalui la kalau upahnya dengan rokok Dunhill. Brand lain tak main la. Jamaluddin mesti senyum kalau dia baca ni. Sayang, bila dah kahwin dan sambung belajar jarang dah jumpa nenek. Semuga roh nya dicucuri rahmat oleh Allah swt. Ameen.

    ReplyDelete
  6. pernah sekali pi rumah nenek dengan Kak Eda, nenek tak dak kat rumah, pi bendang kat tali air tu. Pi sana jerit dari batas bendang tanya kat nenek kunci rumah kat mana. Nenek terus je cakap bawah timba kat beranda rumah. Dah nak patah balik pi rumah nenek, baru nenek jerit tanya "Hang sapa?" hehehe

    ReplyDelete
  7. Shah: HAHAHAH! Lol! lawakla Abg Nizam. Tu la, bukan cucu feveret tu yg nenek x kenai. HAHAHA!

    ReplyDelete
  8. Sampai hati Nurul kata macam tu.Kalau Nurul rasanya tak ada masaalah. Tengok muka ja , sah anak Che' Mah.

    Pasal Hj Turah suami nenek yang kedua pun banyak kenang kenangan. Pernah semasa mengerat padi, kami lawan teka teki. Soalan Hj Turah, apa kah sah kalau Esok sembelih kerbau hari ni kita makan. Pening juga nak menjawab. Dah tak boleh jawab, abang Ariffin buat satu soalan balas. Apa kah benda kalau dibuka dia tertutup dan kalau ditutup dia terbuka. Sorry la , tak boleh jawab juga orang tua tu. Keputusan nya draw 1-1.

    ReplyDelete
  9. Selepas kematian dua orang suami, iaitu arwah Darham dan Hj Turah, ada sorang pak cik tu nasihatkan nenek. " Mayu dah kawin Che' ai " Tok tanya " kenapang ". Pak Cik tu kata" Amun kawin ma mati i orang banar ja." maksud nya , kalau nenek kawin, nanti mati pula orang seorang. Ditakdirkan Allah, tok pula yg meninggal. Semasa kematian Azwan baru baru ni terjumpa Yob bekas suami nenek tu. Masih sehat lagi orang nya.

    ReplyDelete