Wednesday, September 30, 2009

WAJAH WAJAH CUCU PEREMPUAN DARHAM YANG ADA DIDALAM SIMPANAN.

Wajah wajah cucu Darham VER. 1

Ini lah wajah wajah cucu Darham dan Che'Yah yang ada didalam simpanan saya. Semuanya nampak harat harat. Keturunan banjar Bagan Serai dengan Melayu Langkawi. Ini sebagai pengenalan saja. Yang tertinggal tu mohon maaf sebab kebanyakan cucu cucu Darham ni, wajahnya hampir sama atau pun seiras. Jadi tak kenal sangat. Betul tak Nurul?. InsyaAllah ini baru version 1. Kita akan update dari masa ke semasa. Yang tak ada kita masuk version 2 pula. Banyak yang tak masuk lagi.
Yang lelakinya pun InsyaAllah lain kali.

Monday, September 28, 2009

PEMILIK CINTAKU

BUKU PEMILIK CINTAKU
Baru baru ini saya agak kehairanan juga apabila anak lelaki saya , Mutmaein, membeli buku PEMILIK CINTAKU sedangkan abang nya Ahmad dah pun membeli buku tu. Seolah olah macam kedua anak saya ni dah masuk DAP ( Dalam Alam Percintaan). Jadi saya pun tanya la sebab apa beli lagi buku tu sedangkan abangnya dah ada. Jawabnya dia dah baca dan bagus buku tu. Jadi dia pun nak simpan satu.
Jadi kepada anak cucu Darham yang nak masuk DAP tu elok lah beli satu. Saya ada la curi curi baca buku tu dan boleh tahan juga isinya. Tapi kalau dah HITACHI, tak payah baca buku macam tu pun tak pa. Kot kot emak ayah boleh carikan sebab bercinta lepas kawin pun ok.
HITACHI ( Hidup Tanpa Chinta ).

Sunday, September 27, 2009

JOM KITA PUASA 6


Friday, September 25, 2009

BERAYA DENGAN BEKAS TAHANAN ISA

BERGAMBAR BERSAMA BEKAS TAHANAN ISA. MAT SHAH ( berbaju melayu berwarna biru. CIKGU LAILA ( disebelah kanan sekali )


Dikesempatan yang ada, sempena cuti Hari Raya Aidil Fitri ini, saya dan keluarga berpeluang berhari raya bersama bekas tahana ISA ia itu Saudara Mat Shah dikediamannya di Jaln Enggang 6,Taman Keramat, . Beliau di tahan di bawah akta keselamatan dalam negeri hampir 8 tahun. Dengan berkat usaha gigih yang di lakukan oleh isteri nya ia itu Cik Gu Laila, Alhamdulillah , En Mat Shah telah dibebaskan beberapa hari sebelum Aidil Fitri baru baru ini.





Semuga beliau dapat menjalani kehidupan seperti biasa seterusnya bersama keluarga.

Thursday, September 24, 2009

APA KHABAR ORANG LAHAD DATU, SABAH.?

Di negeri dibawah bayu, nun jauh diseberang laut, kita ada kulaan disana. Kalau ada berkesempatan melancong atau bekerja outstation di Sabah, dan kalau ada peluang untuk Ke Lahad Datu, kenapa tidak kita singgah di rumah Faisal, anak Mak long Sabariah.

Walaupun jauh tinggal diSabah, namun melalui Teknogi maya, saya masing sering berhubung dengan Faisal , sama ada melalui blog, telefon atau pun email. Sebenarnya masa bujang bujang dulu saya pernah tinggal dengan nya serumah di Lembah keramat.Kemudian beliau pindah ke Kg. Cubadak Sentul , Kuala Lumpur. Selepas tu ,dapat tahu di dah ke Sabah.

Diharapkan , walaupun jauh di perantauan, beliau masih lagi dapat merayakan Hari Raya Aidil Fitri ini bersama sama kita melalui alam maya.

Taqab ballah hu minkum. Minna wa minkum taqabbal ya!! Kareem.





Walaupun jauh di perantauan, namun Hafiz dan Fariz, tetap ceria.


Faisal bersama isteri tercinta. Di Kundasanag , Sabah.

Tuesday, September 22, 2009

MENGHANTAR ANAK KE KLIA UNTUK PULANG SEMULA KE GERMAN.

Alhamdulillah, selepas sebulan bercuti di Malaysia dan bersama berhari Raya dengan keluarga di Malaysia, akhirnya Ahmad anak lelaki kelima saya terpaksa pulang semula ke German untuk menyambung pelajarannya disana. Baru saja pulang dari KLIA dengan isteri dan anak anak . Semuga beliau selamat sampai dan selamat menyambung pelajarannya disana.



SEMUGA SELAMAT SAMPAI KEDESTINASI

MENUJU KE BAHAGIAN IMMIGRATION

UMUR PANJANG INSYAALLAH JUMPA LAGI


KAMI SENANTIASA MERINDUKAN KEBERSAMAAN.

ZIARAH RAYA - BERAYA DIRUMAH MAK LONG- Bahagian 2

Dah lama dah berniat untuk ziarah keluarga Mak Long, terutama sekali selepas kematian Pak Long Zaini. Kali terakhir saya ziarah ialah sebelum Pak Long meninggal dahulu.

Alhamdulillah, dikesempatan hari Raya ini, saya bersama isteri, anak anak, menantu, cucu dan emak sempat berhari raya dirumah keluarga Mak Long di Parit Hj. Ali. Sebelum tu saya dah call Firdaus yang akan sampai dalam masa sejam kemudian. Alhamdulillah, dengan ziarah ini , dapat juga saya memperkenalkan salah silah keluarga Darham kepada anak anak.

Semuga dapat berziarah lagi dimasa masa yang akan datang.



GAMBAR DIDEPAN RUMAH MAK LONG. DAH TAK NAMPAK MOTOR DAN BASIKAL LAGI. SEMUA NYA DAH PUNYA KENDERAAN TAYAR EMPAT.



BERSAMA KELUARGA MAK LONG. KELUARGA HAJI ASMUNI, KAK IJAH DAN FIRDAUS.

EMAK ( MASRAH ) BERSAMA MAK LONG DAN KAK IJAH

HAMIDAH ( ISTERI ) BERSAMA MAK LONG DAN ROSMINAH















Monday, September 21, 2009

Sekitar program ziarah raya


Gambar-Gambar rakan-rakan serta adik2 undergrad yg datang ke rumah. Haniza & Mahadi serta anak2

Beraya Di Perantauan


Alhamdulillah, sambutan aidil fitri pada tahun ini disambut dgn penuh kesyukuran & kesederhanaan. Menitis juga airmata saat takbir dialunkan. Sembahyang sunat raya, yg bermula jam 9.45 pagi disudahi dgn khutbah Raya yg penuh bersemangat & penuh tazkirah. selesai solat, kami mula menziarahi rumah sahabat2, sebelum pulang menyambut tetamu selepas zohor.

Salam Aidil Fitri di Peranttauan

ZIARAH SEMPENA HARI RAYA 2009 -Bahagian 1

Sempat bersantap di R & R Ulu Bernam dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur di Hari Raya Kedua

Nurul. Terima kasih, kerana bersusah payah menghidang kuih Raya walaupun dah lewat malam. Tak sangka pulak sempat anak teruana saya tu ambil gambar Nurul. Jangan marah ya!




ISTERI DAN ANAK SAYA SEDANG MEMILIH TELEKONG. ANGAH CHE'MAH ADA JUAL TELEKONG ISTEMEWA DARI VIETNAM. BOLEH ORDER MELALUI TELEFON.

Bersama Angah Shaari dan Angah Che'mah di Trolak.


Isteri , Hamidah Karim, bersama isteri Angah Wahab dan dua orang anak lelakinya.



Bersama Angah Wahab dan anaknya Azwan



Bergambar bersama keluarga emak di Parit Husin, Bagan Serai, Perak.



Ziarah kubor bersama keluarga isteri di Sungai Bakau. Mutmaein sedang membacakan doa.











Bersama keluarga di Sungai Bakau







Alhamdulillah , Hari Raya tahun ini agak begitu meriah dan bermakna bagi diri saya yang sudah menjangkau usia yang agak tua ini. Walaupun dua daripada anak menantu tidak bersama berhari raya pada tahun ini, namun Alhamdulillah ,kemeriahan nya tetap ada, di samping isteri yang tersayang, anak sulong , Nahdia dan Urwah(menantu) serta dua orang cucu , Marwan dan Mariam Hana. Kemeriahan juga agak bertambah disamping puteri yang ada tinggal lagi, Khadijah , serta dua orang lagi putera saya ia itu Ahmad dan Mutmaein.

Disamping berhari raya dengan keluarga isteri di Sungai Bakau, dikesempatan Hari Raya ini, saya juga dapat melakukan Ziarah terutama sekali kerumah marina di sebelah keluarga Darham. Marina yang sempat saya ziarahi ialah Mak Long Sabariah di Parit Hj Ali, Angah Wahab di Ayer Putih dan Angah Che'Mah dan Angah Shaari di Trolak Utara.

Insya Allah , kisah dan gambar ziarah saya kerumah Keluarga Firdaus ( Mak Long Sabariah )akan saya keluarkan di posting yang akan datang.

Friday, September 18, 2009

SALAM AIDIL FITRI


Saya ingin mengucapkan Salam Aidil Fitri kepada semua pengunjung Blog Keluarga Darham dan Che' Yah ini. SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN. Semuga Allah menerima Amal Ibadat kita di bulan Puasa ini.

Thursday, September 17, 2009

BERSAHUR DIRUMAH MAKSU DAN ANGAH CHE'MAH


Gambar Rumah Mak su.
Alhamdulillah, semalam termakbul juga hajat untuk bersahur di Trolak, ia itu di rumah Maksu Rosnah. Janji sampai pukul 4.30 pagi, tapi mak su kata dah tunggu sejak pukul 2.30 pagi lagi. Minta maaf lah maksu , menyusah nyusah aja. Tak sedar , terlampau kesedapan , 3 pinggan saya makan. Tak padan dengan sakit kencing manis. Maklum lah , kalau maksu masak serupa macam emak kita sendiri masak.

Disebabkan masa sahur ada lagi, sempat juga saya mengusik Angah Shaari. Kata nak bersahur sekali. Alhamdulillah dapat juga merasa bersahur bubur lambuk dirumah Angah Che'Mah.

Dalam perjalanan pulang , Alhamdulillah , sempat saya singgah di Hospital Slim River untuk menjenguk Pak Su Tamyazi yang dah dua hari sakit disana. Alhamdulillah, dengar kata dah keluar pun sekarang.

Tuesday, September 15, 2009

MUSAFIR DIAKHIR RAMADHAN DAN JUMPA IBU


Alhamdulillah. Sekarang pukul 3 pagi. Bersaorangan dalam perjalanan dari Sungai Petani ke KL. Bertemankan kereta dan note book berhenti di Surau Petronas Sungkai, Perak, untuk menyahut seruan malam lailatul qadar. Semuga musafir ku ini mendapat keredhaan Allah swt. Dah janji dengan Mak su nak bersahur dirumahnya pukul 4.30 pagi, tapi waktu masih terlalu awal untuk kesana. Kesian juga nak gerak mak su. InsyaAllah kalau sempat nak singgah juga kat rumah Angah Che' Mah pagi nanti. Siang tadi mesyuarat di Pengkalan Hulu, Perak. Kemudian singgah di sungai petani,KEDAH. Berbuka puasa dengan Emak dan keluarga Khadijah di Tanjong Piandang, PERAK. Teringat kata kata dalam Blog Dina, kalau nak cium mak biar lah sementara mereka masih hidup. Kalau dah tak ada Mak, baru lah terasa syahdunya terutama waktu raya ni. Kalau masa kecil emak ayah cium kita, sekarang kita lah pula yang mencium mereka. Kadang kadang tu, dah la tak bagi duit , jabat tangan pun, macam jabat dengan member je. Jadi Alhamdulillah , balik sekali sekala, dapat lah cium Mak masa sampai dan masa balik. Dan tak lupa juga bagi sedikit allowance. kalau tidak mak kita nak dapat gaji mana?. Kadang kadang kita lupa, yang Mak kita dikampong tu bukan ada kerja apa. Assume ada duit je. Sorry , panjang pula berceloteh pagi pagi ni.

Monday, September 14, 2009

SUAHKAH IKAM BATAKUN

KIRIMAN GAMBAR

Che' Yah bersama suami dan cucu cucu.
Ini lah gambar Che'Yah. Harat orang nya, sebab tu lah anak cucu cicit dia segak segak.
Terima kasih banyak banyak saya ucapkan kepada Dina, Alwi dan Aja Aziz yang sudi menghantar gambar keluarga masing masing . Semuga dengan ada nya gambar ini akan memeriahkan lagi blog keluarga Darham ini. Maaf kerana saya tak berapa kenal siapa Aja Aziz ni. Agaknya anak Faridah angah siah tak? Terima kasih kerana menghantar gambar Atunya ( Che' Yah ).

Saturday, September 12, 2009

MENGHANTAR PULANG HANIZA DI KLIA

Cucu dan anak anak Haniza
Hamidah ( Isteri ), Nussaibah ( Anak ) dan Haniza
.Bersama Keluarga Haniza di KLIA.

Alhamdulillah selepas menunaikan Solat Terawih malam tadi, saya bersama isteri,anak dan cucu sempat kelapangan terbang KLIA untuk menjengok keberangkatan semula adik saya Haniza dan Keluarga ke Scotland, UK . Beliau sempat bercuti di Malaysia hampir 3 bulan. Malangnya disebabkan sesuatu yang perlu diselesaikan , beliau tidak dapat berhari raya bersama pada tahun ini. Didoaka agar beliau dan keluarga selamat sampai ke destinasi.

WARKAH KE SYURGA

Thursday, September 10, 2009

Wednesday, September 9, 2009

JALAN JALAN CARI KULAAN

Aida, Wati dan anak Wati.
Bersama Zulhashimi, anak kelapan Angah Wahab.

Wati anak ketiga angah Wahab.
Alhamdulillah dalam perjalanan ke Putra Jaya semalam bersama dua orang anak lelaki , sempat saya singgah di Pinggiran Putra. Saya berkesempatan berjumpa dengan 3 orang anak Angah Wahab yang tinggal disitu. Ini lah pertama kali saya berjumpa dengan ketiga tiga mereka tu, iaitu Wati ,anak ketiga angah Wahab, Aida anak kelima dan Zulhashimi anak kelapan. Bila Wati bertanya kepada saya yang saya ini anak siapa. Saya katakan yang kita ni sepupu. Emak saya Masrah dua beradik dengah Angah Wahab. Maaf la katanya, sebab tak pernah tau pun ada emak saudara nama angah Masrah.



Syabas saya ucapkan kepada mereka sebab ketiga tiga mereka dah jadi usahawan. Hidup berdikari. Saya difahamkan angah Wahab pun selalu juga kesana. Selain tiga orang tu, ada anak angah wahab yang tinggal di Rawang dan diLumut. Selainnya tinggal berdekatan dengan rumah Angah Wahab di Taiping.



InsyaAllah jika diizinkan , saya bercadang untuk mengadakan perjumpaan Hari Raya bersama dengan Keluarga Darham selepas seminggu Hari Raya di Setiawangsa. Cadang tu nak buat hari Ahad, seminggu lepas raya. Harap mendapat sambutan.

Tuesday, September 8, 2009

Famili Hj Jamaluddin dan Hajjah Faridzah


Cuba kita lihat. Ramainya dah keluarga Hj Jamaluddin. Harat harat dan boleh tahan juga ganal ganalnya. Gambar ini dihantar oleh anak Sulung beliau iaitu E. Fadzil yang bertugas diPejabat Zakat, Pulau Pinang. Terima kasih Fadzil. Dulu ada datang kenduri kami Di Sungai Petani.


Sebenarnya Hj Jamaluddin ni boleh dikatakan diantara sepupu sepupu yang paling saya rapat. Kami rapat sewaktu masih kecil kecil lagi. Waktu zaman persekolahan, beliau dikatakan murid yang agak aktif dan bijak. Kami bersekolah yang sama iaitu di Government English Secondry School, Bagan Serai. Hj Jamaluddin dan saya, juga diantara banyak cucu yang banyak membantu atunya di bebendang diparit antara, ketika dulu. Mengerat, memukul, menajak dan apa jua yang atunya minta akan kami jalankan. Kami pun tak lah berkiraan sangat dengan atunya ni. Dapat belanja sekolah dah cukup la tu. Saya pernah hambir dibelit ular sawa sewaktu mengangkat pukat atunya.


Semasa kecil saya pernah tinggal dengan keluarga Hj Jamaluddin di Parit Hj Taib sewaktu bulan puasa. Saya turut membantu beliau menjual Ais ketul sewaktu bulan Ramadhan tu. Bayangkan zaman tu Ais hanya 20 sen seketul. Sehari , tak lebih 20 ketul saja yang boleh dibawa.


Semasa bujang pula saya pernah tinggal serumah dengan beliau di Puchong. Ketika itu beliau bertugas di PKNS , PJ, dan saya bertugas Pusat Latihan Telekom Jalan Gurney, KL. Turut tinggal serumah ketika itu Arwah Asmuni adik angah Hajar. Satu peristiwa yang tak dapat saya lupakan ialah operasi menangkap pijat. Almaklumlah bilik orang bujang. Sesekali kami pulang kekampung bersama dan selalunya tak miss la singgah di Cameron Highlands kerana kekasih awal dan akhir beliau bekerja diatas tu.


Kebetulan semasa beliau tinggal di sungai Petani, saya juga bertugas di Tikam batu , Sungai Petani ketika itu . Kadang kadang sempat juga kami beziarah anatara satu sama lain.


Kini masa dah berlalu. Masing masing aur. Sesekali dapat lah berjumpa sewaktu kenduri saudara mara. Anak anak cucu pun masing masing dah ramai. Terpulang lah kepada mereka untuk meneruskannya lagi hubungan kekeluargaan ini. Hanya masa yang akan menentukan.

Menjenguk Keluarga Hj Jamaluddin dan Hajjah Faridzah di Behrang.



Hj Jamaluddin adalah anak sulong Angah Siah. Mendirikan rumah tangga dengan Hajjah Faridzah . Kini hidup bahgia DiBehrang, Perak , dan setakat ini dikurniakan lapan orang anak dan tujoh( tak pasti ) orang cucu. Anak beliau ada yang Doktor, Lawyer, Engineer, businessman dan sebagainya. Alhamdulillah kita tabit spring
juga lah kat Hj Jamaluddin dan isteri kerana berjaya medidik anak anak. InsyaAllah kita akan cuba dapatkan recipe disebalik kejaayaan keluarga beliau. Cuma kalau nak minta recipe nasi bukhari atau nasi minyak, mungkin tak dapat kerana itu periuk nasi beliau.( melawak je ).

Monday, September 7, 2009

Saturday, September 5, 2009

Berita kelahiran dari Angah Miah

Alhamdulillah, mendapat panggilan dari Angah Miah di Shah Alam, mengatakan yang Rhodiah anak bongsu beliau baru melahirkan anak lelaki hari ini. mabruk dan tahniah kepada Rhodiah dan suami. Ini bermakna bertambah seorang lagi ahli kerabat En. Darham dan Che'-Yah. InsyaAllah kalau ada gambar akan kita siarkan nanti. Kalau tak silap ini adalah cucu angah Miah yang ketiga.

Wednesday, September 2, 2009

Jejak Kulaan dibulan Ramadhan.

Gambar keluarga Hj Asmuni

Alhamdulillah dengan berkat Teknologi yang ada dapat saya menjejak kulaan dibulan Ramadhan yang mulia ini. Firdaus merupakan salah seorang anak Along Zaini yang agak rapat dengan saya.Walaupun sudah lama kami tidak berjumpa tapi sekali sekala kami ada berhubung dengan telefon. Dulu beliau suah tinggal diSungai Petani dan bekerja di PERNEC Kedah, Sungai Petani. InsyaAllah kalau ada gambar semasa dia bekerja diPERNEC akan saya siarkan akan datang. Kini beliau tinggal di Bangi,bekerja sebagai guru di Sekolah Seri Kembangan. InsyaAllah jika ada kelapangan akan saya ziarahi tak lama lagi. Bukan jauh sangat cuma kada sawat. Aur memanjang. Melalui Firdaus dapat saya menjejak beberapa orang adik beradik beliau. Terima kasih Firdaus.

Alhamdulillah juga, Firdaus dapat menghantar gambar keluarga Asmuni. Lama dah tak jumpa Hj Asmuni ni. Baru baru ni ada lah dengar buat kenduri kahwin diIpoh, tapi tak kena seruan malu juga nak pi. tak pa lah Cam, bedarau la kita. saya pun dah tiga kali kenduri lupa juga nak panggil tuan HJ. InsyaAllah akan datang saya akan panggil. Tak melalui kad, melalui blog pun ok. Saya dengan Hj Asmuni ni memang agak rapat semasa anum dulu. pernah tinggal dirumah along zaini semasa menjaga kedai angah Halim dulu. Saya juga amat mengenali beberapa lagi anak along seperti kak ijah, Rosminah dan Faisal . kalau tak silap saya Tuan Hj Asmuni sekarang Pengetua diSekolah Izzuddin, Ipoh. Mohon maaf kerana tak minta kebenaran untuk memaparkan gambart anta sekeluarga.

Tuesday, September 1, 2009

CUTI MERDEKA bersama keluarga Ijah


Alhamdulillah, sempena cuti menyambut kemerdekaan baru baru ini, sempat saya balik ke Sungai Petani selama tiga hari.. Bertolak pukul 12tgh Malam Sabtu dan sempat bershahur dengan emak dan keluarga Ijah di Tanjung Piandang. Emak sebenarnya tinggal di Pondok Keluarga Emas di Telok Medan. Disebabkan tidak begitu sihat beliau tinggal dengan Keluarga Ijah ( Norizan) . Sekali sekala bershahur dikampong dan berlaukkan ikan puyu masak pedas, tiga pinggan nasi la jadinya.